Thursday, June 9, 2011

Cutiku

Hmm... 3 bulan lg cuti. sebulan dah berlalu..
Sebulan yang pertama aku habiskan dengan bunga reben, hobi baruku..


Ini dia..















Ini bunga ros untuk mak.. kaler die merah terang. tapi dalam gambar ni mcm oren skit plak kan.. hehe den mmg x pndai ejas2 kamera ni.
Bakol tu plak rase hepi gile bile dapat siapkan. sebab yg dulu2 punya x sekemas ni.. Sebab tulah berani buat bakul kecik saje. Ala yang buat isi bunga telur tu..


Ni pulak bunga yang aku kena siapkan untuk satu program. Malam td pening kepala nak gubah macamane.. Berlatih menggubah bunga-bunga kat rumah nenek utk bunga reben aku ni.. sedang mak dan nenek mencabut2 bulu ayam kampung untuk kenduri malam tu, Hasilnya rumah nenek menjadi lebih berseri dengan bunga-bunga gubahanku.. kekeke.. Nak tengok gambar? Nanti kite tengok pas raye nnti ye. Pasal x ingat nk tgkp gmbr.
Yang ni pulak cubaan aku menggubah bunga reben. Macam pelik je aku rase





Terima Kasih Allah

Aku tersedar semula yang hidupku kini bukan atas pilihanku.. Hidup atas kehendak orang lain. Semuanya dah ditentukan.. Selama ni aku buat2 lupa.. Aku pura2 bahagia.. Pura2 terima. cube senyum dengan sedikit kenikmatan yang Allah berikan. Tapi tadi aku teringat balik.. Kenapa. kenapa die sanggup ckp kt aku mcmtu.. kenapa die selalu pikir bukan2 dekat aku. Die x pikir ke perasaan aku. die x sedar ke selama ni aku tipu diri sendiri cume sebab nak dapat sebuah keberkatan.. Keberkatan yang die selalu sebut2. Keberkatan yang dia ugut x kan beri kalau x dengar ckp die. Tapi dalam diam, aku terpikir, selama ni bahagia ke aku dengan "keberkatan" yang die sebut2 . Kalau betul mereka sayangkan aku, takkan diugut aku dengan perkataan keberkatan semata-mata inginkan aku turuti kehendak mereka. mengapa mereka tak biar aku bahagia dengan pilihanku, selagi mana apa yang aku lakukan tidak berdosa, tidak menyusahkn sesipa dan tidk menyalahi undang2. Orang yang melihat, takkan paham. Aku pula bukan pencerita yg baik. Jadi memendam rasa adalah jalan yg terbaik. Tidak pernah mereka tanya keinginanku, cita-citaku, minatku, keinginanku.. Aku percaya org luar lg kenal aku dr mereka kenal aku.. Siapa sanggup tipu diri sendiri dengan melakukn sesuatu yg memberi kesan di masa hadapan, pulak tu masih diperkecilkn sebgini rupa. terasa pengorbananku sia-sia sahaja. Jadi diriku walau sehari, alami apa yg pernah aku alami, dengarkn kata-kata yg dilontar padaku baru mereka mengerti kenapa perwatakn diriku sebgini. Malah kalau org lain jd aku, aku x percaya mereka masih lg boleh bertahan. Aku tipu diri sendiri, cuba jalani hidup dengan positif, ceriakn hidupku dengan hobi-hobiku.. Hobi-hobiku itulah yg membuatkan aku lupa masalah hidupku dan cuba teruskan hidup dengan bahagia.. kadang-kadang nak aje aku buat semua perkara bukan2 yang die kate pada aku, tapi nasib baik aku masih ada Iman, masih ada akal. Iman dan akal yang memimpin aku untuk terus positif meneruskan hidup. meneruskan masa hadapanku.. Terima kasih Allah..
Terima kasih kerana kau beriku hati yang tabah, semangat yang kuat. Walaupun aku tak ramai teman disisi. Malah aku percaya tidak ada satu makhluk di dunia ini pon yg benar2 menerima dan memahami aku, tapi Kau sentiasa menemani aku.. Kau masih berikan aku nyawa, kesihatan, rezeki, makanan dan pakaian.Bila mana aku rasa hidup ini sunyi tanpa teman, Allah masih ada. Allah sayangkan aku. Allah tak pernah biarkan aku leka dengan hdup. Allah sentiasa mengingatkn aku tiap kali aku melakukan dosa. Tiap kali kita rasa x ada yang sayang kita, tak ada yang temani kita di kala susah mahupun senang, jangan kau lupa. Allah itu wujud. Terima kasih Ya Allah..