Saturday, February 26, 2011

Moody Hari ni

Setelah menjadi orang yg baru nak matang minggu ni,, hari ni, tiba-tiba aku rasa moody. X tau kenapa tapi banyak btol yg negatif-negatif minggu ni. Aku x la automatik menjadi org yg terlalu matang, tp aku ubah sikit2 je, bfikir sblom bckp, pk positif dn x moody sangat.. Tp hari ni aku risau kalo esok2 aku jadi budak2 balik. Hari ni semangat aku turun sangat2.. Aku risau kalau orang expect more bila aku jd mtang 'sikit' dr yg bese tu.. Aku risau esk2 aku ckp x serupa bikin. Tp seingat aku aku x la byak ckp minggu ni. Tp risau jgak terlepas ckp tp esok2 x mampu nk buat.. aku takot hari ni semangat esok-esok down balik..

Tenang la akmal. Jangan kelam kabut sangat. Semuanya baik-baik sahaja.

Thursday, February 24, 2011

Yeay! Dah ade lagu..

Blog ni dah ade lagu sekarang..
Lagu Bunga Cinta daripada filem mihrab cinta..
Ala-ala islamik gitu..
Nyanyian Asmirandah dan Dude Herlino yang cantik comel dan hensem :)
Diorang artis Indonesia..
Pernah tengok cite mihrab cinta?
X penah?
Saya pon x pernah hehehehe :D
Tgah cari cite tula ni..
Ok.. sama2 dengarkn.. lagu ini..
Kalo x suke buat je volume mute.

Wednesday, February 23, 2011

Sempurna






Aku manusia lemah

Selalu terjatuh

Berbeda aku darimu

Kau berdiri teguh

Aku serba tiada

Aku kekurangan

Dan bila kau tiba

Aku hillang dari kewujudan


Sempurnanya sifatmu

Tulusnya hatimu

Jujurnya niatmu

Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku

Kerna aku

Tak mampu 'tuk' menanggung

Sebuah cinta sempurna

Darimu

Darimu

OOhhh


Bukan aku tak pernah

Mengerti dirimu

Ku sanjung setiap

Kata cinta kau berikan aku

Hilangkan rasa itu

Akhirkan semua

Dan bila kau sedar

Aku hilang dari kewujudan


Sempurnanya sifatmu

Tulusnya hatimu

Jujurnya niatmu

Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku

Kerna aku

Tak mampu 'tuk' menanggung

Sebuah cinta sempurna

Darimu

Darimu Oohhh

Ooohh




Nama aku akmal.. Orang selalu panggil aku akmal. Walaupun itu nama lelaki tapi aku selesa dengan panggilan tu. Sebab aku dipanggil dengan nama penuh, tiada singkatan seperti dila, kema dan sebagainya. Aku juga suka maksud nama tu.. Sempurna.. Nama ni begitu sedap bagi aku. Terima kasih mak abah sebab bagi nama sesedap ini pada kakngah..


Ehem..ehemm.. Kamu tahu apa itu Cinta Sempurna? Pernah rasa ada cinta sempurna tak? Aku tak tahu, tapi aku pernah ada cinta.. Walaupon nama ku Sempurna tapi aku taklah sempurna.. Aku ade banyak kekurangan.. Tapi bila dengar lagu ni.. Rase macam lebih kurang je.. Hehe.. Kalau kita cintakan seseorang, kite mesti mahu tengok die bahagia.. Walaupon bukan dengan kita..Ya. Aku pon begitu. Sebab aku sedar diri ini banyak kekurangan.. Cukuplah menyintai dari jauh.. Kalau sampai ada jodoh, tak kemana.. Allah akan satukan kembali.


Alhamdulillah aku kini dalam proses menuju kematangan.. Mungkin x berapa cerdik lagi sebab kena belajar banyak lagi.. Tapi rasa aku macam span yang menyerap masuk erti pengalaman dalam hidup.. Aku belom matang lagi.. Tapi aku rasa aku dah mula matang. Mula bersedia untuk jadi seorang wanita, seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa.


Soal jodoh, ajal dan maut. Aku serahkan pada tuhan. Aku mintak kesihatan yang baik, emosi yang stabil, minda yang aktif. Aku mahu buat sesuatu yang bermakna dalam hidupku. Kalau panjang jodoh aku dengan Superman, InsyaAllah kami kan bersatu. Masa ni memberi peluang pada kami masing-masing untuk memperbaiki diri masing-masing.. Merenung mana yang salah, serius dengan masa depan. Aku harap dia begitu juga.. He still my Superman forever, and I love him and his family soo much. A family that give me a lots of love and meaning of family.. :) Mungkin bagi sesetengah orang aku hanya berangan-angan.. Tapi ini sebuah harapan. X salah kita berharap kan. Mendoakan yang terbaik. Dan aku percaya pada kuasa Tuhan.. Maka tiap kali lepas solat aku berdoa agar dipanjangkan jodoh.. Agar dijadikan dia lelaki terbaik buatku, dan dijadikan aku wanita terbaik buat dia..

Tapi satu yang aku rasa susah sikit nak ubah. Blur aku ni.. Gaye budak2 aku ni. Gaye cakap ala-ala manje aku ni.. Hehehe.. susah nak ubah la. :P Sometimes benda ni yang wat aku nampak macam tak tahu ape2. Aku tengok orang lain yang suara tegas skit tahu,walaupon die kelentong je org pcaye, tp kalo aku ni.. org ingat aku blur je memanjang. Ye memang aku blur sebab kuat berangan tp x de lah tiap masa.. Huhuhu.. Suara yang tegas buat kite nampak matang, buat kite nampak yakin. Hmm.. jadi aku perlu ubah nada suara aku ni.. Nak kasi nampak matang sikit. Dahla muka nampak macam budak-budak, suara macam bdak, badan mcm budak. Hati macam budak.. Budak ye bukan badak.. hehehe.. Sat lagi orang ingat aku student, bukan cg..


Satu lagi.. Aku nak jadi orang yang bertanggungjawab atas kata yang dikota.. Jadi aku mesti jaga post-post aku di facebook, di blog dan ketika bercakap dengan orang. Aku x boleh emo sangat, x leh jujur sangat, x leh banyak sangat cakap (detail) kena tengok orang, kena tengok situasi. Janji mesti dikota, cakap mesti serupa bikin.. Bikin mesti serupa cakap. Untuk jadi matang aku mesti mudah memaafkan orang.. X boleh berdendam. Pahami orang lain. Jangan mudah terasa hati.. Hormat pendapat orang lain. Kamu kena bijak merancang apa yg nak dikata. Pikir masak-masak sebelom buat sesuatu.. Wah.. Kalo aku matang macam gadis melayu je.. ( Kak sheha cakap aku ni macam perempuan melayu terakhir kalau tolak blur.. hehe tq akak. )


ehmm.. dan banyak lagi lah untuk jadi matang. Dan yang penting jangan banyak berangan ye Cik Akmal.. Huhuhu..

InsyaAllah.. I'm getting stronger.. Really love this school (life)..

Waiting you from far :) Your Superwoman..













Tuesday, February 22, 2011

Oh.. Moga mereka sihat-sihat selalu..

Baru 3 minggu tak balik kuantan. Tapi aku dah rindu nak balik sane..

InsyaAllah bulan 3 nnti balik kot. Aku rindu mak, dan adik, dan rumah..

Aku nak bertanya khabar, jenguk mak abah, masak untuk adik..

Sementara aku masih ada..

Sementara aku masih berpeluang untuk berbakti untuk keluarga.



Jumaat lepas aku dapat berita ayah Superman excident.. patah dekat tulang bahu.. Risau aku dibuatnye.. Aku tgok kt fb, teros tepon Superman tanye.. Die jawab sepatah je.. Malas nak tanye lebih2. nanti die marah..



Bile dengar berita ni aku ajak Superman balik Kuantan, tp dia x nak. Yela kalo aku msti nk balik kalo ade pape berlaku kt family. Tapi hati orang laki ni lain sikit. x sama mcm pompuan.. Mungkin dia ada kerja agaknye.. Aku tanye die ok ke x.. die kate ok je.. (Bukan macam aku yg kuat risau nih.. hehehe..)



Aku takot nk tanye die lebih2 pasal angin die pon x berapa ok kebelakangan ni.. Die pon cakap aku suke tanye Stupid Question, jadi aku senyap jelah, cume tengok berita2 dr fb family die pasal abah die..



Disembar tahun lepas, ayah aku masuk hospital jugak , buat operation dekat belakang bahu, buang lemak sebab doktor takot bg kesan kat jantung.. Aku penah tengok abah mcm sakit dada kat umah. X tahula jantung die ke ape.. Nasib mak ade masa tu.. aku memang x tau nk buat ape.. Huhu.. Abah, jangan marah-marah kakngah selalu ye.. Nanti abah jugak yg x sihat. Kakngah baik2 je kat sini..



Tapi aku rase macam nak balik je dalam waktu terdekat ni.. Aku rindu dan risaukan orang di sana. Adik pon demam2. Nak jenguk ayah Superman jugak sekejap.. Hmm. x taula kenapa aku risau sangat ni.. Aku risau Superman susah hati jugak.. Nak je teman die, dengar kalo2 die nk luah ape2.. Tp die x suke mcmtu. Die suka simpan sendiri.. Ape nak buat, sapelah aku ni.. huhu..

Aku nak bertanya.. tapi aku takot tertanya soalan bodoh lg.. Bodoh bg die..

Friday, February 18, 2011

Kutuk-mengutuk.. Itu perbuatan terkutuk..

Rambut sama hitam, darah sama merah..

Gigi sama putih (hukk.. iye ke?)

Lain orang lain ragam..

Masing-masing ada cara hidup tersendiri..

Masing-masing mahu orang ikut cakap dia..

X perlu consider orang lain..

Ya.. life is about changing others into you..

You are a completely perfect creatures..

X perlu paham orang lain..

Kalau orang lain x sama lorong dengan kau.

Kau boleh marah die, kutuk die suka-suka hati kau..

Tanpa memikirkan perasaan die, tanpa masuk dalam dunia die sejenak,

Bagaikan kau tahu semua benda dalam dunia ni..

Bagaikan dah hidup sepuluh juta tahun..



kau kutuk,kau kutuk,kau kutuk orang..

Kau x pernah terpikir kah kau dua kali lima dengan org yg kau kutuk tu.

Malah lebih teruk lagi..

Kekurangan orang kau nmpak saja..

Malah sebenarnya kau tak punya apa-apa..

Melainkan minda dan mulut yg tahu menyalahkn org lain saja..



Kau asik mengutuk orang..

Biasanya org mcm kau ni mulutnya laser..

dan bila mulut laser tiada yg berani menegur kau..

Sebab takut kena laser beam kau..

Aduhai.. Ini satu kerugian bila kita dalam 'Zon Selesa'

Kau x rasa rugi kah?

Kesian.. kau x maju dan x bkembang..

Sebab kau x temui sesuatu yg baru dalm hidup..

Kau x pernah 'muhasabah diri' atau di 'muhasabahkan'..



Kau dengan hidup kau..

Kau duduklah dengan orang selorong dengan kau..

Yang hanya menyokong dan sependapat, sekepala malah sama tahap pemikiran dan perangai dengan kau..

X berkembang langsung mentaliti dan cara hidup..



Bila ada yang berlainan dengan pendapat kau saja..

Kau bidas lah die dengan seteruk-teruknya..

Bgaikan pendapat kau tu benar belaka..



Uish,, kau x belaja math moden ke kat sekolah?

X belajar kebarangkalian / probability yek..

Adakah apa yang kau lakukan itu betul belaka..

Untuk kau mengumpat2 mengutuk2 orang sesuka hati kau..

Kau mengutuk2, mengumpat2 orang dengan akal kau yg cetek..

dan suka berprasangka buruk pada orang lain..

Barangkali hidup kau semuanya perfect kot, kau x pernah temui kegagalan dan kesusahan.

Atau kalau kau temui kau x menyedarinya dan sekadar sambil lewa sahaja..

Itu pasal kau x sedar2..



Kau x pernah sedar ke dunia ini ada kepelbagaian..

Bukan semuanya tentang kau dan cara pemikiran kau sahaja..

Ya mungkin bagi kau kau betol, tp sebenarnya kau x cukup asam garam hidup lagi, kau x cukup ilmu lagi..



Aku ada jumpa orang tua yang kononnya berpengalaman dan cukup asam garam..

Tapi dia cakap x serupa bikin, tahu kutuk orang je..

Semua benda dia nak kutuk..

Tapi die tak nak mendalami, memahami masalah/punca orang tu buat macam tu..

Die kutuk je dengan prasangka buruknya tanpa guna akal..

Ini namanya kurang ilmu..

Kalau rase x cukup ilmu lagi, diam saja walaupon ko rs nak kutuk..

X pon ckp elok2, tanye elok..

Yela kita mana tahu semua benda kan..

Kalau rase dah cukup ilmu sangat..

Berilah kutukan dengan cadangan idea yang bernas..

Kutuk dari belakang kemudian menyelinap tanpa berani bagi jalan penyelesaian itu pengecut namanya!!!!!



Apa guna kau sekolah hampir 20 tahun kalau kau nak mengutuk orang bodoh2..

Kutuk biarlah cerdik, kasi cadangan yg bernas dan beranilah tampil ke hadapan bg teguran..

Kalau x tpikir idea yg bernas, bleh nk kritik, tp kritik dgn cr yg berkhemah, yg bleh mengajak semua org memikirkn cr pnyelesaian bersama..



so.. jalan yg terbaik adalah ketika rasa x puas hati tu adalah..

Diam sejenak..

Kasi relaks dan tenang minda kamu..

Kemudian fikirkan dengan penuh timbang rasa apa sebab-sebab logik dia wat begitu..

Senang cakap.. Bersangka baiklah sesama kamu..

Jangan percaya sangat cakap orang..

Jangan percaya sangat hujah-hujah org lain yg nmpak mcm benar tu..

Ini bukan bersangka buruk ye, ini berhati-hati...

Cuma berhati-hati je bila dengar ckp org tu.

Yela kot2 apa yg die ckp tu mmg betol kan.

Ini bukan amik jalan selamat, tp ini amik jalan yg terbaik..

Jangan biarkan syaitan menguasai kita.

Life is a school..
Akhir kaTA,,
cARIlah ilmu banyak-banyak..
Sebab kalau kita banyak ilmu kita akan banyak berfikir..
Bukan berfikir sejenak..
Tapi fikir banyak-banyak..
Jangan sombong dengan org yg nampak bodoh (besenya bdak2 nerd, budak2 blur , bdak2 pendiam)..
Sebab dalam diam mereka lebih banyak guna akal dari kau..

Thursday, February 17, 2011

Esok Test

Esok Test..
Semalam test..
2 hari yang lepas test..
perasaan ku ketika ini?
Hmm.. moody tak tentu pasal sebab pikir bukan2..
Ya, itu yang selalu buat aku moody..
Pk banyak2 dan bukan2..
Besela.. adatla student kan..
Wish me boleh menjawab dengan baik dan tenang..

Sunday, February 13, 2011

Shopping Bersama Superman..

Salam semua.. Sekarang saya kat umah maksu kat Ampang.. ade cuti maal hijarah hari selasa so amik kesempatan balik umah maksu kalo x bising pulak die tye ble nak datang umah. huhuhu.. Tadi pergi shoping dengan maksu kat tesco ampang.. Dalam kepeningan dan kemengantukan, saya jalan je ikut maksu pergi pilih barang.. pilih sayur la. pilih ikan ayam.. dan juga beli barang-barang nak buat kek. InsyaAllah, hari ni atau esok aku buat kek kat umah maksu ni.. terliur.. yela dah lama x makan buat kek buatan sendiri.. Superman, kalo ada lebih saya simpan kat awak okey :)

Em.. tapi sayur dan ikan die tak segar la.. loya tekak tengok ikan die.. menggelikan. Maknenye memang x segar sangat la tu..



Sedang berjalan-jalan kat situ.. Nampak la pasangan suami isteri baru kawen agaknye. Muka pon nampak muda mcm br lepas kuar U ala2 manja macam tu.. Sweet sangat.. :)

Nanti nak macam tu jugak. Shoping beli barang dapor pon romantik tau kalau dengan orang tersayang :D.. Heeeee.. Gatai... Boleh jadi sampai kedai nak tutup pon kami tak abis shoping la.. hahahaha..



Cerita pasal shoping.. Adela beberapa kali saya shoping dengan Superman. Bukan shoping baju, tapi shoping beli barang-barang dapor.. hehehe :P

Superman mengada-ngada semua nak saye yang buat.. nak beli kacang saya kena bungkuskan, nak beli air saya kena pilihkan, Ingat saya wife awak ke Superman? Belom lagi lah.. Hehehe, tapi x pe saye suka mengada-ngada yang tu. Rasa macam suri rumah berjaya je rasenye kalo kuar beli barang dapor ngan die.Hehehehe.. Sampai mak cik yg keje kat situ pon sengih2 tengok kitorang.. Mungkin sebab saya panggil die abang dan ckp dengan die lembut2 die ingat kami new heppy couple kot.. atau sy nampak mcm 'Mak Cik' sangat ke ms beli barang dapor? hehehe.. tak taula.. Superman selalu kate saye ni macam makcik-makcik tau.. :(

Teringat kenangan kami kuar berdua pergi pasar besar kat Kuantan. Dahla punye susah nak dating, dapat dating pulak dekat pasar.. Tu pon sebab sy curi-curi kuar dengan alasan nak beli ayam buat masak ns ayam.. Lepas tu pg beli benang kait kat kedai cina depan kfc tu sebab nk mengait n beli barang jahitan. Superman x nak turun moto, saya pon pg jela beli sendiri ala dekat je. Toleh belakang dulu cr superman yg hilang dr pndngn mata sebb cr parking.. Risau jugak takot kena tinggal ehe.. Bila dah siap beli Superman dah tercongok kat depan kedai. Dalam hati : Yeah! Superman hensem dan macho betol pada mata saya !!! Tapi tabik spring la kat superman.. Dia pandai pilih ayam dan daun sup.. Yang mane saya masa tu br berjinak2 nak belajar masak2 pon x reti sgt nk pilih. tahu amik yg dalam peti ais je kalo nak masak, bukan x reti msk ye.. hehehe.. Malu :P



Aah.. kami juga pernah dua tiga kali shoping baju, kami masuk kedai Anakku.. Kedai yang jual barang2 baby tu.. sebab nak beli baju adik yg umur setahun lebih ms tu.. Kami pon belek2 la bj budak2. Yela x penah ade adik kecik sekali dapt msti asal ade duit ckit nk beli kat die aje :)



Masa kak long kawen pon kami shoping jugak beli barang dapor untuk kenduri nikah kaklong.. Oh ya. Kak long tu kakak Superman :). Kami kena beli sayor, tauge, cili kering senang ckp sume barang-barang basah la.. Sangat seronok shoping dengan family Superman. Masa tu tengok mak ayah Superman jalan berpegang tangan.. So Sweet!!! :D

Saya suruh Superman teman mak ngah die yg jalan sorang-sorang, tp die nak jalan ngan saya... Saya tunjuk kat die mak ayah die berpegangan tangan dan tanye.. "Kite nanti dah tua-tua macamtu ke? " dan die jawab sambil tersenyum.. " Mestilah, lebih lagi.. " Auww.. so sweet!!! hehehe.. Sayang awak Superman.. Saya suka sangat shoping dengan awak...Saya suka buat apa saja dengan awak kerana saat-saat bersama awak sangat membahagiakan :D



Kali terakhir kami shopping bersama bulan lepas.. Beli barang-barang makan die dan saya kat Giant. Superman nak sudu.. x de sudu yang jual satu-satu kat situ. kenala beli sedozen. Bakinye masih ade lg 6.. Superman amik 3, sy amik 3.. Sy Offer kat roomate sudu tu. die x mau.. Katenye "tak pelah akmal.. Simpan je untuk adik beradik akmal kat umah..". Ehm, x pela roomate, kalo x nk sy simpan je sudu ni, Itu sudu kami beli bersama, maka kami kena simpan untuk kegunaan bersama.. Anda paham maksud saya? Hehehe.. saving is caring.. eh, ape punye ayat la.. hehehehe.. saving for the future and keeping the sweet memories.. Heee :D

Doakan jodoh kami kuat dan dimurahkan rezeki :) kami mahu guna sudu tu bersama-sama cepat sikit. Anda paham ? Alhamdulillah. Kalo x paham doakan jelah.. Assalamualaikum..

Tuesday, February 8, 2011

Harapan aku..

2,3 bulan ni, ada beberapa peristiwa berlaku yang membuatkan aku berfikir sejenak, dan mencari kesilapan diri.. Aku berharap..



1) Agar aku menjadi lebih matang selepas ini.

2) Agar aku bijak membuat keputusan selepas ini.

3) Agar aku tidak terlalu berterus-terang dalam sesetengah perkara.

4) Agar aku tidak terlalu kebudak-budakan sangat.

5) Agar aku tak manja sangat sampai tak menyusahkan orang secara tak sengaja.

6) Agar pelajaran aku tidak terumbang-ambing..

7) Agar hidupku lebih ceria dan bahagia dengan penuh kesyukuran.

8)Agar aku tidak letih mempelajari sesuatu dari hari ke hari.. Life is a school for me ;)

9) Agar aku tabah dengan dugaan diberi dan tidak terlalu cuai melayan perasaan ketika letih dengan dugaan.

10) Agar hubungan aku dengan semua orang semakin baik-baik sahaja.

11)Agar nenek dan datuk sihat-sihat saja. Kakngah sayang nenek ngan datuk. Muaaaah2x!!!

12)Agar ilmu dan pengalaman aku dalam bidang perniagaan makin bertambah.

13)Agar aku bijak menangani masalah.

14)Agar aku bijak menghadapi ragam manusia yang lain.

15)Agar orang mudah memahami aku. Mengharapkan kemahiran sosial aku bertambah :)

16) Agar kemahiran aku dalam membuat kek, memasak, menjahit, mengait makin bertambah dari hari-kehari.

17) Agar aku tak nampak pelik sangat : p

18) Agar aku menjadi seorang yang penyabar, tenang dan yakin.

19) Agar aku lebih memahami 'cara' orang lain.

20) Agar aku dimurahkan rezeki, dan sihat tubuh badan.



Wassalam.. Amin..

Life is the best school for me :D