Tuesday, February 8, 2011

Harapan aku..

2,3 bulan ni, ada beberapa peristiwa berlaku yang membuatkan aku berfikir sejenak, dan mencari kesilapan diri.. Aku berharap..



1) Agar aku menjadi lebih matang selepas ini.

2) Agar aku bijak membuat keputusan selepas ini.

3) Agar aku tidak terlalu berterus-terang dalam sesetengah perkara.

4) Agar aku tidak terlalu kebudak-budakan sangat.

5) Agar aku tak manja sangat sampai tak menyusahkan orang secara tak sengaja.

6) Agar pelajaran aku tidak terumbang-ambing..

7) Agar hidupku lebih ceria dan bahagia dengan penuh kesyukuran.

8)Agar aku tidak letih mempelajari sesuatu dari hari ke hari.. Life is a school for me ;)

9) Agar aku tabah dengan dugaan diberi dan tidak terlalu cuai melayan perasaan ketika letih dengan dugaan.

10) Agar hubungan aku dengan semua orang semakin baik-baik sahaja.

11)Agar nenek dan datuk sihat-sihat saja. Kakngah sayang nenek ngan datuk. Muaaaah2x!!!

12)Agar ilmu dan pengalaman aku dalam bidang perniagaan makin bertambah.

13)Agar aku bijak menangani masalah.

14)Agar aku bijak menghadapi ragam manusia yang lain.

15)Agar orang mudah memahami aku. Mengharapkan kemahiran sosial aku bertambah :)

16) Agar kemahiran aku dalam membuat kek, memasak, menjahit, mengait makin bertambah dari hari-kehari.

17) Agar aku tak nampak pelik sangat : p

18) Agar aku menjadi seorang yang penyabar, tenang dan yakin.

19) Agar aku lebih memahami 'cara' orang lain.

20) Agar aku dimurahkan rezeki, dan sihat tubuh badan.



Wassalam.. Amin..

Life is the best school for me :D

No comments:

Post a Comment